Worksyop yang penuh dengan idea-idea praktikal dan contoh-contoh sebenar perniagaan F&B. Jangan lepaskan peluang anda untuk meningkatkan kemahiran dengan menyertai worksyop ini.
Panduan lengkap langkah demi langkah bermula dari asas, perancangan menu, pengurusan restoran, café dan kiosk sehinggalah kepada mendapatkan sumber kewangan ...
Budaya menikmati hidangan makan tidak kira sama ada bersama keluarga atau teman di dalam suasana selesa di restoran, café atau kiosk kini semakin popular di dalam masyarakat hari ini. Jika anda bercadang untuk membuka restoran, café atau kiosk makanan, kami ingin menjemput anda menyertai worksyop ini dimana worksyop ini akan menyediakan anda dengan kemahiran dan pengetahuan yang perlu untuk memulakan perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang berjaya.
Worksyop ini juga boleh membantu anda meningkatkan lagi kecekapan pengurusan seterusnya memperbaiki prestasi perniagaan restoran, café, kiosk atau catering yang dijalankan.
Berbeza dengan seminar atau kursus perniagaan sehari yang mungkin anda pernah hadiri, worksyop ini memberi penekanan kepada perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui apabila memula dan menguruskan perniagaan F&B melalui amalan sistem francais.
Antara kandungan yang menarik, worksyop ini akan membincangkan mengenai psikologi tabiat pemakanan pelanggan, penyediaan menu yang berkesan, perancangan pelan lantai dan keperluan kelengkapan dapur. Contoh-contoh dan kajian kes berdasarkan kepada perniagaan sebenar real-life examples) diberikan untuk memantapkan lagi kemahiran dan kefahaman anda.
Di akhir sesi worksyop ini anda akan mengetahui suasana sebenar dan bagaimana untuk merancang perniagaan F&B disamping penyediaan dokumen-dokumen yang perlu. Secara prinsipnya, setiap perniagaan adalah sama. Perbezaanya adalah pada jenis produk dan cara pengurusan. Walaupun anda mungkin tidak bercadang untuk memulakan perniagaan F&B, sistem pengurusan yang dipelajari melalui worksyop ini juga boleh diaplikasikan ke dalam perniagaan bukan makanan (non-food) atau perkhidmatan sedia ada.
MATLAMAT WORKSYOP:
Ilmu membina kekuatan bangsa. Berpegang kepada kata-kata ini, worksyop ini ditawarkan bukan untuk tujuan perniagaan semata-mata tetapi lebih dari itu. Matlamat worksyop ialah untuk menggalakkan usahawan-usahawan bumiputera menguasai ilmu pengurusan perniagaan F&B dan Francais secara lebih professional dan teratur agar mereka lebih berpengetahuan (knowledgeable) dan berdaya saing. Jika anda mengkaji pasaran, anda akan mendapati tidak banyak organisasi yang menawarkan worksyop seperti ini dan jika ada sekalipun, ianya pada kadar yuran yang lebih mahal dari apa yang ditawarkan disini.
KEMAHIRAN UTAMA AKAN ANDA CAPAI SETELAH MENGHADIRI WORKSYOP INI:
1. Mengawal perbelanjaan (overhead) dengan lebih cekap serta efektif.
2. Merancang, mengawal dan merekod aliran keluar masuk tunai agar sentiasa stabil.
3. Meningkatkan nilai perniagaan sebagai aset untuk menarik pelaburan atau pembiayaan.
4. Menggunakan sepenuhnya sumber-sumber sedia ada untuk meningkatkan produktiviti.
5. Mendapatkan idea-idea pemasaran untuk menarik pelanggan pada perbelanjaan yang minima.
6. Merancang operasi seharian perniagaan agar berjalan dengan lebih baik dan lancar.
7. Menyediakan kertas kerja rancangan perniagaan, penyata-penyata kewangan dan manual-manual pentadbiran, kewangan, operasi dan latihan dengan lengkap dan tersusun mengikut amalan francais.
FAEDAH-FAEDAH MENGHADIRI WORKSYOP:
1. Memperbaharui azam anda untuk berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.
2. Mengetahui kaedah-kaedah menguruskan operasi perniagaaan dengan lebih sistematik.
3. Memperbaiki dan meningkatkan prestasi serta keuntungan perniagaan.
4. Mengenalpasti dan mengetahui kaedah-kaedah memohon pembiayaan dengan lebih berkesan.
5. Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dan perhubungan awam perniagaan dengan pelanggan.
6. Meningkatkan keyakinan pelanggan serta pelabur terhadap anda, perniagaan dan produk.
7. Ilmu pengetahuan dari worksyop ini dijamin dapat membantu anda menguruskan perniagaan dengan lebih terancang, lancar dan berkesan.
8. Worksyop ini merupakan pelaburan jangka panjang yang akan menguntungkan perniagaan anda.
SUASANA WORKSYOP:
Keseluruhan program worksyop telah dirangka dengan teliti untuk memastikan agar setiap peserta dapat mengikuti worksyop dengan selesa dan dapat menerima penyampaian ilmu dengan lebih berkesan.
1. Worksyop hanya menerima 10 orang peserta pada satu-satu masa sesi.
2. Sesi worksyop secara interaktif, soal jawab dan perbincangan.
3. Struktur kandungan mudah diikuti dengan panduan langkah demi langkah (step by step guidance)
4. Worksyop diadakan mengikut konsep persidangan (conference)dan bukan bilik kelas (classroom).
5. Suasana belajar yang selesa, tidak menekan serta tidak membosankan.
6. Kemudahan tempat letak kereta secara percuma.
7. Jamuan tengah hari disediakan oleh pihak hotel.
SIAPA PERLU HADIR?
CEO/Pengarah Urusan, Pemilik Perniagaan Kecil, Pengurus, Eksekutif dan Usahawan F&B